Make your own free website on Tripod.com

 

 

adalah sebuah Universiti Teknikal yang berhasrat untuk memangkin tenaga pekerja khususnya bagi bumiputera berkemahiran tinggi bagi membantu negara terutamanya di bidang kejuruteraan elektrik. UniKL-BMI juga berhasrat untuk mengendalikan kursus Penjaga Jentera Elektik sebagai imbuhan tambahan kemahiran secara ‘hands-on’ dan berkompeten untuk memenuhi hasrat kerajaan khususnya oleh pihak Suruhanjaya Tenaga, supaya negara mempunyai tenaga mahir dan cekap untuk mengendalikan perjalanan perindustrian di negara ini. 

UniKL-BMI juga telah memperolehi Pentauliahan Sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk Kursus Penjaga Jentera Elektrik (Sepenuh Masa dan Separuh Masa) bagi Kategori A1 dan A4 (Bil:PJE 01/2003 - Peraturan 50(4)

 

                                                                                  

 

Tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pemasangan dan penyenggaraan di bidang kejuruteraan elektrik selama 3 tahun terus menerus dan mempunyai buku log yang bersesuaian adalah calon yang sesuai untuk mengikuti kursus ini. Peserta-peserta akan menjalani kursus ini secara sepenuh masa atau separuh masa, setiap peserta diwajibkan untuk menjalani latihan amali di loji Elektrik selama 6 minggu.