

Buku log perlulah
mengikut format yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Buku log
hendaklah mengandungi latar belakang syarikat tempat kerja dengan berpandukan
butir-butir berikut:-
- Nama syarikat.
- Kelas
Pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (jika ada).
- Nama
kakitangan yang Berkompeten.
- Kelas
Pendaftaran dengan PKK (jika ada).
- Gambar-gambar
kedudukan syarikat.
- Skematik,
jenis-jenis papan suis utama, papan suis, gambarajah dan yang sebagainya
yang terdapat dipepasangan yang dikendalikan/diawasi.
Bagi
kerja-kerja penyelenggaraan berjadual atau tidak berjadual dan pembaikan, laporan
perlu disediakan sebagaimana garis panduan berikut:-
- Tarikh:
- Penyelenggaraan
yang berjadual/tidak berjadual.
- Pembaikan
sesuatu kerosakan yang tidak dijangka.
Jika
penyelenggaraan yang berjadual/tidak berjadual sila selaraskan jadual
penyelenggaraan dan nyatakan:-
- Tempat
kerja-bilik atau kawasan terlibat.
- Butir-butir
kerja yang dijalankan.
- Sebab-sebab
perlunya penyelenggaraan.
- Teori
teknikal yang berhubung kait dengan penyelenggaraan.
- Peraturan-peraturan
keselamatan yang diamalkan.
- Masalah-masalah
teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa penyelenggaraan.
- Lukisan-lukisan
skematik yang berkaitan pepasangan yang diselenggarakan.
- Rajah-rajah
dan gambar-gambar yang berkaitan.
Jika
pembaikan sesuatu kerosakan biasa/kerosakan yang tidak dijangka, sila
nyatakan:-
- Tempat
kerja-bilik atau kawasan yang terlibat.
- Samada
kerosakan baru atau kerosakan berulang.
- Butir-butir
kerja yang dijalankan.
- Sebab
berlakunya kerosakan.
- Teori
teknikal yang berhubung kait dengan kerosakan.
- Peraturan-peraturan
keselamatan yang diamalkan.
- Masalah-masalah
teknikal atau bukan teknikal yang dialami semasa pembaikan.
- Lukisan-lukisan
skematik yang berkaitan pepasangan yang dibaiki.
- Rajah-rajah
dan gambar-gambar yang berkaitan.
- Ulasan-ulasan
dan pendapat ke atas kerosakan dan bagaimana cara bagi mengatasinya
supaya tidak berulang lagi.
Calon-calon
perlu menyertakan bersama-sama skematik pepasangan. Di akhir setiap kerja
yang dijalankan perlu disahkan oleh orang yang berkompeten.
- Tandatangan
Orang Kompeten.
Di dalam
tempoh pelatih menjalani kursus di UniKL-BMI dan latihan industri,
mereka dikehendaki untuk menyediakan logbook bagi segala aktiviti
dan juga latihan yang diterima.